2020年12月17日星期四

Logistik Kemanusiaan & Hubung Kait dengan Bidang Kesukarelawan di Malaysia

Logistik Kemanusiaan (Humanitarian Logistics)

Pengenalan

Logistik Kemanusiaan merupakan sebahagian cabang daripada logistik yang menggudangkan bekalan dan mengatur penghantaran bekalan semasa berlakunya bencana alam dan waktu darurat kepada masyarakat atau kawasan yang terjejas. Hakikatnya, Logistik Kemanusiaan adalah lebih rumit dan merangkumi ramalan serta mengoptimumkan sumber, menguruskan inventori, dan pertukaran informasi. Secara keseluruhannya, Logistik Kemanusiaan ialah suatu proses merancang, melaksana dan mengawal kesan, aliran kos efektif serta penyimpanan bahan dan barangan berserta dengan informasi berkaitan dari titik asal ke titik penggunaan bagi tujuan mengurangkan penderitaan individu yang terdedah.

Peranan

Logistik Kemanusiaan memainkan peranan penting dalam memberikan bantuan.

·       Mengurangkan kesan negatif (-) bencana alam dari segi kehilangan nyawa dan kos ekonomi.

o   Kerugian bangunan, jalan raya dan infrastruktur yang lain.

o   Kerugian pengeluaran, pengurangan pekerjaan dan cukai.

o   Kerugian bagi peningkatan kos penggunaan dan bahan pembinaan.

o   Kerugian berjuta-juta nyawa disebabkan kemalangan dan kekurangan makanan.

·       Mempertimbangkan pengumpulan data yang dapat dianalisis untuk menyediakan pembelajaran pasca-acara. (menunjukkan beberapa aspek termasuklah keberkesanan pembekal dalam pengangkutan terhadap kos dan ketepatan masa pemberian respons, kesesuaian barang sumbangan dan pengurusan informasi. )

 

Kaitan dengan Bidang Kesukarelawan di Malaysia

Seperti apa yang dibincangkan sebelum ini, kesukarelawan ialah sesuatu amalan atau perbuatan membantu komuniti dengan ikhlas dan tanpa menginginkan balas balik. Maka, Logistik Kemanusiaan mempunyai kaitannya dengan kesukarelawan. Hal ini dapat diperlihatkan apabila objektif atau tujuannya adalah menjadi jambatan bagi menghantar barangan sumbangan daripada pihak pembekal kepada masyarakat atau kawasan yang memerlukan. Logistik Kemanusiaan bekerjasama dengan beberapa pihak dan rakan logistik seperti NGO, pelabuhan dan sebagainya untuk mengumpulkan barang sumbangan dalam pusat pengumpulan atau gudang mereka dan menghantarnya ke kawasan tertentu.

 Antara aktiviti yang berkaitan dengan kesukarelawan di Malaysia:

  •     Bantuan Banjir Pantai Timur Malaysia 2014
  •     Latihan BMC menyediakan kursus Logistik Kemanusiaan dan Bencana [Gudang, Logistik, Rantai Bekalan dan Inventori] di Kuala Lumpur, Malaysia pada 27 Jun 2021.

o   Bertujuan untuk memfokuskan kursus terhadap penyediaan sebelum bencana berbanding bantuan selepas bencana yang menyediakan latihan kepada mereka untuk memberi pendedahan dalam cabaran dan cara respons yang berkesan.

 


Pengakuan 

Blog ini dikendalikan sepenuhnya oleh Minjie Yong untuk tujuan kursus Kesukarelawan (BKKS2293), yang dikelolakan oleh Dr. Mohd Saipuddin Suliman di bawah Program Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Kolej Universiti Selatan. Sebarang pindah milik maklumat adalah tidak dibenarkan melainkan dengan keizinan pemilik. Emel: minjieyong66@gmail.com.

没有评论:

发表评论

Logistik Kemanusiaan & Hubung Kait dengan Bidang Kesukarelawan di Malaysia

Logistik Kemanusiaan (Humanitarian Logistics) Pengenalan Logistik Kemanusiaan merupakan sebahagian cabang daripada logistik yang menggud...