Pengenalan
Kesukarelawan adalah satu nilai dan amalan yang murni. Setiap individu atau organisasi terlibat dalam kesukarelawanan sama ada secara sistematik atau tidak dan memberikan sumbangan tidak kira besar atau kecil. Kesukarelawanan dianggap sebagai kerja serta program yang terpuji dengan berkongsi erti berkawanan dan kemanusiaan.
- kesukarelawan sebagai satu tradisi atau tanggungjawab agama dan moral;
- sebahagian menganggapnya sebagai satu perlakuan yang jelas, tidak sentimental dan merupakan semangat berkawanan;
- segelintir individu melihat kesukarelawan sebagai peluang untuk belajar selain berkhidmat kepada kebaikan kemanusiaan.
Terdapat beberapa badan kesukarelawan di Malaysia yang menjalankan tugas untuk memberi perkhidmatan kepada manusia, kehidupan alam dan sebagainya dari beberapa aspek.
YAYASAN AMAL MALAYSIA
Pengenalan
- sebuah pertubuhan NGO yang ditubuhkan pada 30 Mei 2001
- telah menjalankan banyak misi bantuan kemanusiaan yang melibatkan lebih daripada 40 negara di rantau Asia, Afrika, Asia dan Eropah. Penyertaan AMAL dalam Tsunami Acheh 2004 merupakan antara badan amal dunia yang paling proaktif menyalurkan bantuan.
- mempunyai rakan kongsi dengan 9 NGO Kebaji Antarabangsa dan telah menubuhkan badan amal antarabangsa, iaitu International Federation for Relief and Development (IFRD) untuk menyelaraskan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat dunia yang memerlukan.
- penubuhan IFRD menjadikan AMAL masih diamanahkan untuk memimpin kerja penyelarasan bantuan ke seluruh pelosok dunia melalui kerjasama anggota IFRD yang diwakili oleh NGO dari 9 negara iaitu India, Sri Lanka, Bangladesh, Turki, Indonesia, Filipina, Malaysia, Pakistan dan Sudan.
- sentiasa proaktif dalam menangani isu-isu kecemasan seperti memberi bantuan kepada mangsa bencana alam atau buatan manusia seperti peperangan, penindasan, pengusiran dan sebagainya.
- aktif menjalankan projek pembangunan dan pemulihan seperti pembangunan pusat pendidikan dan latihan, penyediaan air bersih dan sanitasi serta penjagaan kesihatan.
Visi, Misi dan Nilai
Visi:
menjadi pertubuhan amal NGO pilihan dunia pada tahun 2025.
Misi:
- Bekerja secara sukarela bagi pembangunan ummah melalui pendidikan, kebajikan, kesihatan, kemanusiaan dan perkhidmatan masyarakat;
- Membentuk keahlian dan kesukarelawan yang dapat meningkatkan nilai AMAL.
- keilmuan, kesolehan dan amal.
- kebenaran.
- keutamaan dan disiplin.
- kasih sayang, jujur dan berbudi.
- mahir dan kompeten.
- serta berkhidmat kepada tuhan.
Aktiviti Terkini
- Pada 27 November 2020, 10,000 wakaf al-Quran diedarkan kepada pelajar tahfiz sempena Maulidur Rasul pada bulan Oktober yang lalu di Ondurman, Sudan.
- Pada 21 November 2020, AMAL telah mengadakan aktiviti atau kempen derma darah di Bagan Serai, Perak. Disebabkan musim PKPB, penurunan aktiviti menderma darah menyebabkan bekalan darah untuk tujuan perubatan berkurangan. Oleh itu, Yayasan Amal Cawangan Perak dan AmalDoktor bekerjasama dengan KRT bagan Serai untuk mengadakan Kempen Derma Darah yang dirasmikan oleh YB. Dato 'Haji Noor Azmi bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan 1. Program ini dihadiri oleh 100 orang peserta dan berjaya mengumpulkan 87 bungkus darah.
- AMAL telah diberi peluang buat kali kedua untuk menghantarkan barang sumbangan ke Sabah dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Antara barangan sumbangan termasuklah PPE, pelitup muka dan sebagainya. Sebelum ini, dana bantuan Covid-19 Sabah telah dibuka pada 26 Oktober 2020 bagi menampung kos bantuan awam.
Cabaran Sewaktu Ancaman Pandemik COVID-19
Sekumpulan misi kemanusiaan daripada AMAL terkandas di Chad, Afrika Tengah dan meminta pertolongan untuk balik ke Malaysia. Ahli kumpulan tersebut tiba di N’Djamena pada 11 Mac lalu dan dijadualkan untuk pulang ke Malaysia pada 19 Mac. Disebabkan pandemik Covid-19, penutupan lapangan terbang kerajaan Chad menyebabkan jadual kepulangan ditangguhkan. Pengerusi Yayasan Amal Malaysia cawangan Kedah, Zulkifli Baharom mengatakan keadaan mereka semakin merunsingkan kerana kehampiran penamatan tempoh visa serta kehabisan ubatannya. Dengan bantuan pertubuhan NGO dan orang ramai, mereka telah pulang ke Malaysia pada 20 April 2020 (Isnin) selepas hampir 40 hari terkandas di Chad.
Befrienders KL
Pengenalan
- sebuah pertubuhan NPO
- ditubuhkan dengan bantuan pakar psikiatri dan psikologi dari Hospital Universiti, Kuala Lumpur disebabkan keprihatinan oleh sekumpulan perintis rakyat Malaysia terhadap kesejahteraan emosi masyarakat setelah rusuhan komunal pada 13 Mei 1969.
- pertubuhan di bawah Befrienders Worldwide yang mempunyai 349 pusat sokongan emosi dinamik dan berkembang di 32 negara merangkumi 2 benua.
- pertubuhan menyediakan sokongan emosi selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu kepada sesiapa yang kesunyian, dalam kesusahan, tidak berharapan dan mempunyai pemikiran untuk bunuh diri.
- sebuah pertubuhan berbilang kaum dan bukan agama yang bersedia untuk semua individu tanpa mengira kaum, agama, usia, jantina dan orientasi seksual.
- Setiap sukarelawan adalah terlatih dan perbualan dilihat sulit. Oleh itu, peribadi adalah tidak diketahui dan disimpan secara rahsia.
- memberi perkhidmatan yang digelar sebagai befrending.
- Perkhidmatan tersebut bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat dengan membantu mereka yang berhubung membina kesedaran emosi diri yang lebih baik seterusnya membawa kepada peningkatan kesihatan emosi dan kesejahteraan.
Visi, Misi dan Matlamat
Visi:
menjadi sebuah dunia kepada minoriti individu yang berasa keperluan untuk menamatkan kehidupan.
Misi:
mengurangkan kesusahan dan membantu mengurangkan risiko bunuh diri melalui sokongan emosi serta pendidikan awam.
Matlamat:
- memberikan sokongan emosi kepada mereka yang berkesusahan dan membunuh diri pada setiap masa; memberi kemahiran sokongan emosi kepada komuniti;
- menanam kemahiran mengatasi masalah bagi kesihatan mental yang lebih baik;
- membina kesedaran tentang faktor bunuh diri dan cara mencegah;
- meningkatkan keberkesanan bekerjasama dengan yang lain.
Aktiviti Terkini
Pelaksanaan webinar seperti webinar sempena Bulan Pencegah Bunuh Diri 2020 oleh Dr. Uma Visvalingam seorang pakar psikiatri di Hospital Putrajaya pada 29 September 2020 serta webinar kesihatan mental yang bertema “Raksasa dalam Kepada” pada 26 November 2020 oleh Dr. Ahmad Rostam Md Zin, seorang pakar perunding psikiatri konsultasi liaison di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
Selain itu, Befriends KL juga lazim mengadakan ceramah dan bengkel mengenai pencegahan bunuh diri, kesedaran kesihatan mental serta kemahiran mendengar. Befrienders KL akan mengadakan forum awam sempena Hari Kesihatan Mental Dunia pada 10 Oktober 2020.
Cabaran Sewaktu Ancaman Pandemik COVID-19
Panggilan bunuh diri semakin meningkat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19, PKP yang dilaksanakan menyebabkan tekanan emosi susulan perubahan persekitaran kerja misalnya bekerja dari rumah, hilang pekerjaan serta kebimbangan keselamatan. Statistik Befreinds KL menunjukkan panggilan alami kesusahan dan ingin bunuh diri meningkat pada bulan Julai, Ogos dan September berbanding bulan April, Mei dan Jun. Melalui perbicaraan Penaung Befrienders KL, Tan Sri Lee Lam Thye, peruntukan untuk kesihatan mental adalah tidak mencukupi dalam Bajet 2020.
YOUNG MALAYSIANS MOVEMENT
Pengenalan
- sebuah pertubuhan pendidikan semula sosial
- ditubuhkan pada tahun 1960 dengan tujuan:
- merancang organisasi dan kepimpinan.
- mengumpul kekuatan belia, membangunkan semangat perjuangan belia.
- mencungkil bakat dan kebijaksanaan belia.
- menyediakan bimbingan, latihan, pertumbuhan, dan pendidikan semula untuk mendorong kebangkitan belia dan pembangunan sosial.
- badan NGO dan NPO
- bukan politik yang tidak merupakan dan menyertai mana-mana badan politik.
- bertanggungjawab untuk melatih belia dan memberikan pendidikan semula sosial agar belia dapat berdikari, serta berusaha membentuk ideologi dan gaya hidup yang sempurna dengan kebijaksanaan dan kekuatan keseluruhan, tidak berputus menyimpan motivasi sosial yang positif melalui pelbagai saluran.
Pengenalan Logo
- Pusat ialah sebuah roda gergasi yang melambangkan falsafah utama pertubuhan, iaitu mendorong belia berdikari dan menjadi pemangkin kepada perkembangan revolusi sosial seperti roda gergasi era yang akan terus berkembang dan berevolusi.
- Inti roda gergasi ialah huruf sambungan nama Inggeris Young Malaysians Movement (Qing Yun) "YMM" yang melambangkan paksi dan kekuatan pemutaran roda gergasi era.
- Warna perkataan adalah putih pada latar belakang berwarna biru.
- Biru mewakili perkhidmatan, penyertaan, sumbangan dan martabat
- Putih mewakili kemurnian, kecerahan dan harapan belia.
Misi dan Matlamat
Misi:
~ dari segi pemikiran dan tingkah laku...
• mendidik semula para belia dalam masyarakat;
• memupuk nilai baru dan pandangan hidup;
• memupuk belia yang memiliki hati nurani, rasional, keadilan, kesedaran terhadap bangsa dan negara, serta kesediaan untuk berserta, aktif, dan berkepimpinan dalam politik, ekonomi, budaya, dan pendidikan.
... untuk mencapai matlamat besar revolusi sosial.
- melibatkan diri dalam pendidikan dan latihan belia untuk membentuk belia yang penuh dengan semangat serta ideal
- membimbing dan memimpin belia menyertai tugas belia dan perkhidmatan sosial serta bersama-sama melakukan misi membina negara
- prihatin dan peka terhadap masalah yang dihadapi belia kini seterusnya mengambil langkah diperlukan untuk menjaga dan memastikan kebajikan serta perkembangan fizikal mental belia agar dapat meningkatkan kualiti dan status secara menyeluruh.
- terlibat dalam penyelidikan teori pembangunan sosial bagi membimbing dan membantu dalam kerja pembangunan sosial pada jangka yang panjang.
- memupuk perpaduan nasional dan membina masyarakat Malaysia yang aman dan damai
- memasuki arena sukan belia antarabangsa dan merealisasikan tiga cita-cita "keamanan, kemajuan dan kemakmuran" melalui pertukaran budaya dan kerjasama ekonomi
- keluhuran terhadap perlembagaan dan undang-undang negara di samping menegakkan Deklarasi Hak Asasi Manusia PBB.
Aktiviti Terkini
Pertandingan Tradisi Tarian Singa Selatan Nasional 2020 dilaksanakan oleh Y.M.M pada 19 Januari 2020 dan dijadikan sebagai salah satu aktiviti sempena ulang tahun 60 Y.M.M. Aktiviti bertujuan untuk memperluaskan hubungan jalinan belia kini dan menyebarkan budaya tarian singa serta memperkenalkan semangat bersukan.
Cabaran Sewaktu Ancaman Pandemik COVID-19
- Kekurangan kewangan dan progresif aktiviti yang dijadualkan.
Disebabkan keseriusan pandemik Covid-19, Y.M.M telah mengadakan mesyuarat kecemasan bersama dengan pusat jawatankuasa dan presiden setiap negeri cawangan Y.M.M untuk mencari langkah menangani masalah ancaman pandemik tersebut. Langkah yang ditetapkan:
- Meneruskan aktiviti yang dijadualkan dengan mematuhi SOP.
- Menjalankan aktiviti atau tidak dengan cadangan pusat jawatankuasa cawangan setiap negeri.
- Menggalakkan aktiviti dalam talian bagi mengurangkan risiko penularan wabak.
- Mengadakan dermawan daripada masyarakat.
Kesimpulan
- beberapa persamaan ciri organisasi sukarela:
- Mempunyai misi yang bersifat altruisme dan melakukan sesuatu yang baik.
- Hasil dan faedah organisasi tersebut lebih bersifat manusiawi.
- Menggunakan strategi pemasaran yang tersendiri dan bersifat unik.
- Mendapat modal dan dana melalui sumbangan dengan menjalankan program pengutipan dana.
- Pentadbiran organisasi berbentuk fleksibel dan amat bergantung kepada tenaga sukarelawan atau sukarelawati.
- organisasi sukarelawan terpengaruh dan diberi impak tertentu dari aspek kewangan, progresif aktiviti dan tenaga manusia akibat ncaman pandemik Covid-19.
- AMAL, beberapa ahli terkandas di negara lain disebabkan tugas amal mereka di tempat berkenaan.
- Befrienders KL mengalami kesibukan panggilan dan bimbang terhadap peningkatan kes bunuh diri.
- Y.M.M menghadapi masalah progresif aktiviti yang telah dijadualkan.
- Pendapat dan cadangan pendirian:
- Organisasi sukarela harus mengambil dan mempelajari daripada keadaan dan masalah dihadapi agar dapat melakukan persediaan terhadap ancaman yang tidak dapat diramal untuk memastikan setiap perkara tidak terjejas.
- Setiap individu atau organisasi sukarela harus bersiap sedia menghadapi keadaan dan ancaman yang akan melanda.
- Setiap individu atau organisasi menyediakan peralatan atau dana secukupnya dahulu supaya tidak menjadi masalah untuk kegunaan kecemasan.
- Organisasi boleh memperbesarkan carta organisasinya dengan menarik lebih ramai belia menyertai kerja sukarela melalui aktiviti atau kempen.
没有评论:
发表评论