Logistik Kemanusiaan (Humanitarian Logistics)
Pengenalan
Logistik Kemanusiaan merupakan sebahagian cabang daripada
logistik yang menggudangkan bekalan dan mengatur penghantaran bekalan semasa
berlakunya bencana alam dan waktu darurat kepada masyarakat atau kawasan yang
terjejas. Hakikatnya, Logistik Kemanusiaan adalah lebih rumit dan merangkumi ramalan
serta mengoptimumkan sumber, menguruskan inventori, dan pertukaran informasi. Secara
keseluruhannya, Logistik Kemanusiaan ialah suatu proses merancang, melaksana
dan mengawal kesan, aliran kos efektif serta penyimpanan bahan dan barangan
berserta dengan informasi berkaitan dari titik asal ke titik penggunaan bagi
tujuan mengurangkan penderitaan individu yang terdedah.
Peranan
Logistik Kemanusiaan memainkan peranan penting dalam
memberikan bantuan.
·
Mengurangkan
kesan negatif (-) bencana alam dari segi kehilangan nyawa dan kos ekonomi.
o
Kerugian
bangunan, jalan raya dan infrastruktur yang lain.
o
Kerugian
pengeluaran, pengurangan pekerjaan dan cukai.
o
Kerugian
bagi peningkatan kos penggunaan dan bahan pembinaan.
o
Kerugian
berjuta-juta nyawa disebabkan kemalangan dan kekurangan makanan.
·
Mempertimbangkan
pengumpulan data yang dapat dianalisis untuk menyediakan pembelajaran
pasca-acara. (menunjukkan beberapa aspek termasuklah keberkesanan pembekal
dalam pengangkutan terhadap kos dan ketepatan masa pemberian respons,
kesesuaian barang sumbangan dan pengurusan informasi. )
Kaitan dengan Bidang Kesukarelawan di Malaysia
Seperti apa yang dibincangkan sebelum ini, kesukarelawan
ialah sesuatu amalan atau perbuatan membantu komuniti dengan ikhlas dan tanpa
menginginkan balas balik. Maka, Logistik Kemanusiaan mempunyai kaitannya dengan
kesukarelawan. Hal ini dapat diperlihatkan apabila objektif atau tujuannya
adalah menjadi jambatan bagi menghantar barangan sumbangan daripada pihak
pembekal kepada masyarakat atau kawasan yang memerlukan. Logistik Kemanusiaan
bekerjasama dengan beberapa pihak dan rakan logistik seperti NGO, pelabuhan dan
sebagainya untuk mengumpulkan barang sumbangan dalam pusat pengumpulan atau
gudang mereka dan menghantarnya ke kawasan tertentu.
Antara aktiviti
yang berkaitan dengan kesukarelawan di Malaysia:
- Bantuan Banjir Pantai Timur Malaysia 2014
- Latihan BMC menyediakan kursus Logistik Kemanusiaan dan Bencana [Gudang, Logistik, Rantai Bekalan dan Inventori] di Kuala Lumpur, Malaysia pada 27 Jun 2021.
o
Bertujuan
untuk memfokuskan kursus terhadap penyediaan sebelum bencana berbanding bantuan
selepas bencana yang menyediakan latihan kepada mereka untuk memberi pendedahan
dalam cabaran dan cara respons yang berkesan.